Just a personal blog
Talk about favorite artist,music,games,tips and of course my life^^
feel free to follow and visit my blog
I really appreciate it

Bekas Jaguh Bina Badan Negara 'rebah'

Assalamualaikum...
Hai!! Kawan-kawan sihat tak?
Miya sihat je kat sini (ops no one asking me ///)


Suke bace paper tak?
Kita boleh dapat info terkini tau..


Okaylah miya nak share info yang dibace tadi
Silakan membace -


JUMAAT 1 APRIL 2011
Korang mesti kenal bekas jaguh bina badan negara kan??
DATUK MALEK NOOR,56..dia rebah pada malam kelmarin akibat serangan jantung.
Dipercayai ada kaitan dengan buah durian yang dimakannya bersama rombongan atlet yang lain.
Malek sempat menjamah jamuan buah durian selepas makan tengah hari dan melawat ladang rock melon milik koperasi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) di Tanjung Tualang sebelum menyertai perlawanan bola sepak bersama pasukan pilihan Menteri Besar Perak, malam kelmarin.

Pengerusi Eksekutif Yakeb, Datuk Paduka Mumtaz Jaffar berkata, Malek sebelum itu dilihat ceria dan bersemangat untuk menyertai perlawanan berkenaan yang berlangsung jam 8.40 malam kelmarin.

Menurutnya, Malek masuk ke padang untuk melakukan sesi pemanas badan dan berjalan menuju ke arah tiang gol stadium untuk memulakan perlawanan.

“Namun, lima minit selepas wisel perlawanan ditiupkan, Malek dilihat seolah-olah rebah namun sempat bergayut pada jaring di pintu gol berkenaan.


“Ketika itulah pengurus keahlian Yakeb, Aminuddin Mohd Nasir, segera meluru masuk ke dalam padang bersama doktor pakar yang disediakan pihak penganjur,” katanya.



Menurutnya, Malek hanya memberitahu pening lalu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Pakar Hospital Pantai, Ipoh.

“Saya terkejut dengan kejadian itu kerana Malek sempat berseloroh petang kelmarin, menasihati saya supaya jangan terlalu kuat bekerja kerana bimbang diserang penyakit jantung,” katanya.




Sementara itu, Aminuddin yang ditemui berkata, Malek mulanya menyangka dia hanya diserang angin dalam tubuh dan tidak mahu dihantar ke hospital.

“Ketika dirawat di hospital, Malek berulang kali memberitahu serangan mendadak dialami berpunca dari panas dan angin dalam badan. Namun, selepas doktor mengesahkan ia berpunca daripada penyakit jantung, Malek terus tergamam dan terkejut.


“Saya percaya dia sendiri tidak tahu dia ada penyakit itu, namun saya bersyukur kerana doktor kedua-dua hospital cepat memberi bantuan kecemasan kepadanya,” katanya selepas melawat Malek di wad ICU, Hospital Pantai, di sini.


Menurutnya, Malek baru saja pulang dari mengerjakan umrah 19 Mac lalu dan banyak menghabiskan masa bersama anak angkatnya, Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmod, setahun tujuh bulan.


Sementara itu, tinjauan mendapati Malek yang juga Pengarah Eksekutif Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd dilihat masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan.


Pakar perunding kardiologi Hospital Pantai Ipoh, Doktor Chan Chong Guan yang ditemui berkata, keadaan Malek akan dipantau rapi sepanjang tempoh 48 jam bagi memastikan dia kembali stabil.


Menurutnya, penyakit jantung dialami Malek akibat saluran darah koronari tersumbat tapi belum di tahap serius dan tidak memerlukan pembedahan segera.


“Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana diberikan bantuan kecemasan dan segera dibawa ke hospital. Ketika kejadian denyutan jantungnya terlalu perlahan dan hanya peralatan di hospital dapat menyelamatkan nyawanya.


“Pemeriksaan perubatan dilakukan mendapati tahap kolesterolnya tidak terlalu tinggi dan dia dijangka keluar dari wad ICU selewat-lewatnya esok sebelum dipindahkan ke wad biasa,” katanya.



miya amek petikan ni dari metro..jgn mara tau.
anyway semoga Datuk Malek Noor kembali sehat seperti biasa =)


p/s :miya share ni pun sebab nk kongsi info so jgn buat tanggapan buruk ya..

i wanna be healthy and of course losing my big weight T_T

Assalamualaikum
long time no update..
kawan-kwan sihat x??
saya? mestilah sehat but ter 'OVER' sihat gitu..adess


dah lama b'azam nih since i was 17
kawan-kawan nak tau azam pe..meh2 bace bwh 
MENGURANGKAN BERAT BADAN!!
And now i'm already 20 but berat bdan x mau turon..aiyakkk


bese lah malas bsenam..diet jgn ckp lagi laa haprak
oh my mom keep babbling to me


Mom:bile nak kurus ni..asyik makan je..siang makn,malam mkn.tgh malam pun mkn..
Bla bla and so on


Me:alah mak..t la owg diet..mls laa(ayat biase =p)


Tp this year mesti nak diet..and xkn jd cam last time..GAMBATTE MIYA!!


I WANNA BE HOT LIKE THIS


ayumi hamasaki
so cute just look at her pretty body 

aiku maikawa
lovely body

Or maybe like this 
tsubasa masuwaka
love her cuteness


OMG i just love their body and superb fashion sense
of course cuteness <3

LOVE LOVE from,
MIYA-CHAN
XoxO


Mira Kagimoto Properties ♥